Pesawat TUDM dikhuatiri terhempas sebentar tadi

 Pesawat TUDM dikhuatiri terhempas sebentar tadi

PETALING JAYA : Pesawat Hawk MK108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dibawa dua juruterbang dikhuatiri terhempas sekitar jam 10.07 Selasa malam.

Sumber berkata, pesawat pejuang yang sedang dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth TUDM, Pulau Pinang itu disyaki terhempas.

Bagaimanapun kesahihan berita ini belum dapat dipastikan lagi dan dua juruterbang yang membawa pesawat itu turut belum dikenal pasti.

Memetik laporan Sinar Harian, pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.

“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih,” katanya.

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

59  −  55  =