PESAT laksanakan kempen derma darah 

 PESAT laksanakan kempen derma darah 

Oleh Suraya Ali

PETALING JAYA, 13 Feb: Persatuan Anak-Anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan (PESAT) menganjurkan kempen derma darah di ibu pejabatnya di Kota Damansara di sini hari ini.

Kempen sehari itu mendapat sambutan kalangan anggota polis dan penduduk dari kawasan sekitar apabila seramai 56 penderma telah mendaftar untuk menjayakan program tersebut.

Presiden PESAT, Mohd Sham Aziz Ismail berkata, tujuan kempen itu adalah bagi membantu Pusat Darah Negara (PDN) menambah bekalan darah.

“Kami mendapat maklumat dari PDN yang kekurangan darah, dan keadaan agak kritikal,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, bekalan darah PDN cukup untuk seminggu sahaja.

“Kami berharap program kali ini dapat menggerakkan lebih ramai individu dan NGO untuk menganjurkan program yang sama,” katanya.

Walaupun masih dalam suasana pandemik COVID-19  namun program seperti itu masih boleh terus dijalankan dengan mematuhi SOP ditetapkan.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

98  −    =  93