Peruntukan RM49 juta bagi pemerkasaan pendidikan dan pembangunan Islam di Sarawak

 Peruntukan RM49 juta bagi pemerkasaan pendidikan dan pembangunan Islam di Sarawak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menyerahkan peruntukan kewangan untuk Imam, Bilal, Marbut, Guru Takmir dan Guru KAFA Negeri Sarawak Tahun 2021 berjumlah RM 47,804,271.20.

Beliau turut menyampaikan peruntukan khas Kerajaan Persekutuan kepada Institusi-Institusi Pendidikan Islam di negeri Sarawak tahun 2021 berjumlah RM 1,900.000.00.

Menurut Idris, kerjasama strategik yang sedia terjalin bersama agensi-agensi Islam Sarawak dengan kerajaan persekutuan amat penting bagi mengeratkan hubungan bersama agensi-agensi Islam seterusnya memberi manfaat kepada rakyat dalam usaha melahirkan Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera.

Semalam, Idris dilaporkan mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi.

Turut hadir,Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz bin Jusoh,  Setiausaha Majlis Islam Sarawak, Ustaz Khalidi Ibrahim, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Datu Awang Suhaili Ledi, Pengurus Besar Tabung Haji Sarawak Amat Kassim Pait serta Ketua-ketua agensi Islam di negeri Sarawak.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *