Pertemukan keluarga Aurel dan Atta, semua menangis terharu

 Pertemukan keluarga Aurel dan Atta, semua menangis terharu


JAKARTA : Selebriti media sosial, Atta Halilintar berkongsi keterujaan dapat mempertemukan isterinya, Aurel Hermansyah bersama keluarga mentua dengan keluarganya buat kali pertama selepas berkahwin.

Biarpun mendirikan rumah tangga pada April lalu, Atta bagaimana pun tidak berkesempatan untuk membawa kedua keluarga itu bertemu. 

Keterujaan jelas tergambar pada wajah Atta apabila dapat mempertemukan dua keluarga itu apatah lagi Aurel kini sedang sarat hamil cahaya mata sulung mereka. 

“Pertama kali isteriku dan Baby A bertemu dengan papa dan mamaku.

“Akhirnya, aku dan isteriku bertemu dengan 10 adikku. Detik yang ditunggu dari sebelum nikah. Semua menangis terharu,” tulisnya. 

Dala hantaran terbarunya semalam, Atta memuat naik foto pertemuan keluarga Hermansyah dan Halilintar ketika makan malam bersama. 

Atta dan Aurel ketika ini sedang bercuti bersama keluarga mereka kini sedang bercuti di Istanbul, Turki.

Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 3 April 2021 disaksikan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo selepas bertunang pada 13 Mac 2021. 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  51  =  55