Pertelagahan dua bekas PM dilihat tiada tanda reda

 Pertelagahan dua bekas PM dilihat tiada tanda reda

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Najib Razak mendakwa kerajaan Kedah semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri telah menawarkan tanah pesisir seluas 34 ekar di Langkawi dengan harga RM3,200 setahun.

Tindakan Ahli Parlimen Pekan itu dilihat sebagai tindak balas kepada serangan Tun Mahathir terhadap pendedahan mengenai permintaan untuk mendapatkan hartanah daripada kerajaan bernilai RM100 juta.

Najib membangkitkan isu tawaran pajakan tanah 34 ekar di Langkawi semasa anaknya Datuk Seri Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah.

Najib juga mendakwa bahawa Tun Mahathir telah diberikan tanah balak seluas 2,471 ekar, sambil menambah bahawa dia akan mendedahkan lebih banyak tawaran tanah tersebut.

Terdahulu, Tun Mahathir berkata Malaysia telah dijadikan bahan jenaka terhadap cara layanan yang diterima Najib walaupun disabitkan dengan jenayah kewangan.

Malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut terkejut dengan tindakan Kabinet menerima permohonan untuk menghadiahkan sebidang tanah dan sebuah rumah kepada Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggarkan bernilai RM100 juta.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *