Pertandingan Persahabatan hanya penyedap di bibir sahaja – Dr Faiz

 Pertandingan Persahabatan hanya penyedap di bibir sahaja – Dr Faiz

Dr Muhammad Faiz Na’aman

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Salam pendamaian untuk menjalinkan kerjasama yang ditawarkan Bersatu berkali-kali ditolak UMNO.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Faiz Na’aman, Bersatu telah berkali-kali menghulurkan salam pendamaian sebagai usaha untuk perpaduan dan kerjasama namun Umno terus menolak.

“Saya tidak mahu menyamakannya secara langsung dengan situasi politik semasa di negara ini khususnya antara Melayu yang berlainan wadah.

“Apatah lagi yang sedang terjadi antara UMNO dengan BERSATU di PRN Melaka ketika ini.

“Salam perdamaian diseru berkali-kali oleh BERSATU, namun UMNO tetap mahu “go solo” katanya.

Kata Dr Faiz lagi, istilah Pertandingan Persahabatan sekadar penyedap di bibir sahaja namun tiada usaha ke arah itu.

“Dalam persaingan terbuka dengan tujuan untuk memenuhi pilihan rakyat, istilah “Pertandingan Persahabatan” ini hanya penyedap di bibir sahaja.

“Ia bagaikan suatu penafian bahawa hakikatnya dari awal lagi tiada inisiatif ke arah rundingan pun oleh puak yang berulang kali menjatuhkan rakan sekerajaan sendiri sejak hujung tahun lepas.

Dr Faiz turut berkata, kerana ego, korupsi dan tamak perkara sebegini berlaku.

“Usah dituding mana-mana pihak kononnya mahu memecahkan undi orang Melayu dalam politik negara ini kerana hakikatnya ada ego, korupsi dan ketamakkan yang terselit di kalangan puak elitis yang sedang mengawal parti-parti lama di Malaysia.

“BERSATU tidak boleh berlembut lagi.

“Kami pun ada maruah dan prinsip perjuangan,” katanya kepada Wacana.my.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

28  −  19  =