Pertama Digital sedang berunding tubuhkan konsortium bagi lesen perbankan digital

 Pertama Digital sedang berunding tubuhkan konsortium bagi lesen perbankan digital

KUALA LUMPUR, 23 April — Pertama Digital Bhd menyatakan minat untuk memohon lesen bank digital dan ketika ini dalam perbincangan usaha sama awal untuk mendapatkan lesen itu daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Pengarah Strateginya Saify Akhtar berkata syarikat itu telah terdorong, malah seiring dengan penekanan kepada rangkuman kewangan dalam rangka kerja perlesenan bank digital yang diterbitkan bank pusat pada Disember 2020.

“Kami bekerja keras untuk menyelaras modal, tenaga kerja, teknologi dan pasaran kaptif dan berbangga untuk mengumumkan bahawa kami mempunyai model perbankan mampan yang unik dan melebihi syarat yang ditetapkan dalam rangka kerja berkenaan.

“Kami berhasrat untuk menyampaikan produk kewangan beretika kepada rakyat Malaysia terpinggir dan menyumbang kepada pemulihan pasca pandemik kami sebagai sebuah negara,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Tarikh akhir untuk menghantar permohonan bagi lesen perbankan digital adalah pada 30 Jun 2021.

Pertama Digital merupakan syarikat pemegangan DAPAT Vista (M) Sdn Bhd, syarikat Malaysia yang mengkhusus kepada pendigitalan perkhidmatan kerajaan. Ia menyediakan penyelesaian di aplikasi web dan mudah alih; pembayaran dan pemesejan mudah alih; Aplikasi Pemprograman Antara Muka (API) pemerkasaan perniagaan dan perkhidmatan digital khusus lain.

Saify berkata kedudukan baik syarikat itu memberi kelebihan kerana ia mempunyai banyak maklumat dan pengajaran yang menghasilkan sistem yang berjaya dan boleh ulang sekali gus membolehkan rakyat Malaysia terpinggir mendapat perkhidmatan digital dan kewangan untuk membuat urus niaga dalam talian.

“Pasukan kami amat berpuas hati apabila melihat penyelesaian kami digunakan, misalnya oleh mereka yang tidak pernah membuat pindahan bank secara dalam talian. Inilah sebabnya kami membuat keputusan secara kolektif menyerahkan sumber kami untuk berkhidmat kepada pasaran ini mulai sekarang,” katanya.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  6  =  2