Pertahan Maruah Parti, Jangan Biar Kebiadapan Segelintir Yang Menyalak

 Pertahan Maruah Parti, Jangan Biar Kebiadapan Segelintir Yang Menyalak

PARIT RAJA, 18 Jan – Ketua Penerangan BERSATU Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan menyeru semua ahli parti mempertahankan maruah kepimpinan parti daripada dihina sekelompok yang sering menyalak mengenai BERSATU.

Wan Saiful berkata semakin lama semakin lantang mereka bertindak melemparkan tohmahan dan fitnah terhadap Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata Wan Saiful, tindakan mereka adalah biadap dan tidak patut dibiarkan berterusan.

“Dalam kita bergerak dan memperkukuhkan parti dan memperluaskan bantuan kepada rakyat, kita mesti pertahankan maruah kita.

“Apa yang mereka mahu lagi sehingga berterusan menghina pimpinan tertinggi parti kita? Saya tak mahu ini dibiarkan berterusan. Kita mesti bangun mempertahankan nama baik parti dan para pemimpin parti” katanya ketika berucap dalam pertemuan tertutup bersama pimpinan BERSATU Johor di majlis makan tengahari hari ini.

Majlis dianjurkan oleh Naib Presiden BERSATU Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen. Turut hadir Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Negeri Johor Senator Ir. Md Nasir Hashim; dan Setiausaha BERSATU Johor Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Mengulas lanjut, Wan Saiful turut menggesa agar mesej-mesej dan publisiti parti diselaraskan dengan jentera penerangan di setiap bahagian dan cawangan.

Ini kerana, katanya, BERSATU memerlukan tokoh-tokoh yang boleh bersuara menyatakan pandangan dengan data-data dan fakta-fakta untuk diterangkan kepada rakyat.

“Peranan ini harus digalas oleh Ketua Bahagian, Ketua Armada, Ketua Srikandi, dan Ketua Penerangan masing-masing.

“Dari segi naratifnya perlu dibincangkan di peringkat bahagian dan negeri.

“Kalau sekiranya betul ada PRN Johor, dalam menuju ke arah itu, pemimpin di Johor kena bangun dan banyak bercakap kepada media untuk menunjukkan kekuatan dalam parti kita,” katanya.

Kredit : bersatu.org

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

64  +    =  70