Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Persekolahan secara PDPR diteruskan

Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin
KUALA LUMPUR, 6 Jun — Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan disambung selama 25 hari selepas cuti penggal tamat 13 Jun ini.
Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata sesi persekolahan akan dibuka pada 13 Jun bagi kumpulan A manakala kumpulan B pula pada 14 Jun ini.
Ketetapan itu melibatkan semua sekolah termasuk sekolah swasta, antarabangsa dan expatariat yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.
“Bagi menyediakan akses digital iaitu komputer riba, tablet, dan penyambungan data kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah atau B40, Inisiatif Cerdik yang dilancarkan Februari lalu telah melihat sebanyak 12,887 unit telah diagihkan, 40,290 pada 12 Jun dan baki 96,823 pada Sept,” katanya dalam sidang media hari ini.
Sementara itu, saluran DidikTV akan diteruskan dengan 15 jam waktu siaran setiap hari.
Saluran berkenaan merupakan usaha berterusan dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.