Persatuan pesara JMF buat laporan polis terhadap pengguna FB

 Persatuan pesara JMF buat laporan polis terhadap pengguna FB

JOHOR BAHRU, 5 Feb: Satu laporan polis dibuat berhubung tindakan seorang pengguna
Facebook (FB) yang didakwa memuat naik tulisan berunsur hasutan serta memfitnah
kerabat diraja Johor.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Larkin di sini oleh Setiausaha Persatuan Pesara Askar
Timbalan Setia Negeri Johor (VET JMF), Hairol Nazli Hamdan, semalam.

Menurut beliau, tindakan pengguna FB tersebut dilihat mempunyai unsur hasutan dan benci
terhadap keluarga diraja.

Katanya, muat naik berkenaan turut memperlekehkan doa yang dibaca di masjid dan surau
di seluruh Johor.

“Saya telah berkhidmat sebagai Askar Timbalan Setia selama lebih 15 tahun. Jadi, saya
tahu tulisan yang dimuat naik dalam FB itu adalah fitnah semata-mata,” katanya.

Beliau turut mempertahankan setiap tulisan yang dimuat naik di laman media sosial kerabat
diraja Johor.

“Setiap bahan yang dimuat naik dalam media sosial kerabat diraja adalah yang berkaitan
program rasmi kerajaan Negeri Johor.

“Selama berkhidmat, saya melihat sendiri keluarga diraja Johor melakukan banyak program
amal tetapi tidak diwar-warkan dalam media sosial,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  19  =  26