Persatuan Haiwan Malaysia sumbang 30 pek makanan kucing

 Persatuan Haiwan Malaysia sumbang 30 pek makanan kucing

KUALA LUMPUR – Dalam keriuhan berhadapan banjir besar baru-baru ini yang menenggelamkan rumah di beberapa negeri. Ramai tidak sedar terdapat lebih 94 rumah rosak teruk yang mana 24 rumah daripadanya ranap total tertimbus tanah akibat bencana tanah runtuh di Kampung Palimbayan 121 keluarga melibatkan 420 individu mangsa terjejas keseluruhan.

Secara keseluruhannya Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Segambut bertanggungjawab penuh menguruskan lebih 100 ekor kucing di Kampung Palimbayan Sungai Penchala yang kini berkeliaran tanpa bertuan dan tidak berumah akibat pemilik kucing rata-rata adalah mangsa timbunan tanah runtuh.

Menyedari hal ini , Persatuan Haiwan Malaysia menyumbangkan 30 pek seberat 10 kilogram makanan kucing kepada Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Segambut yang diketuai oleh MPP Sub Zon 2 bersama Tuan Haji Ali Jaafar Pengerusi MPP Sub Zon 2.

Presiden persatuan itu, Arie Dwi Andika berkata, kebajikan haiwan yang terjejas akibat tanah runtuh baru-baru ini tidak dilupakan.

Arie Awie bersama Datuk Mahadhir Sulaiman

“Sumbangan diberi kepada pemilik-pemilik haiwan peliharaan yang terbabit tanah runtuh.

“Inisiatif ini adalah untuk meringankan beban mangsa yang dihimpit kehilangan harta benda dan tertekan.

“Ada di antara mereka tidak fokus atau membiarkan haiwan kesayangan mereka “survive” sendiri kerana diri mereka sendiri pun tidak terurus.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika

Tambah Arie, beliau akan mengumpulkan beberapa doktor haiwan dan memberi bantuan perubatan kepada kucing yang tercedera dan sakit.

“Saya akan cuba mencari doktor haiwan yang sudi membantu kucing-kucing yang terjejas kesihatan akibat bencana dan dibiarkan pemilik mereka,” katanya pada majlis sumbangan berkenaan.

Pegawai Khas YB Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Mahadhir Sulaiman menerima sumbangan bagi pihak MPP Sub zon 2 penduduk yang diadakan di Dewan UMNO Sg.Penchala sebentar tadi.

Pihak berkuasa menjangkakan kerja-kerja pembersihan dan meratakan tanah memerlukan masa selama dua hingga tiga bulan lagi. Animal Malaysia turut merayu bantuan perubatan veterinar untuk kucing-kucing bernasib malang di Kg Palimbayan Sungai Penchala ini memandangkan kebanyakannya sakit, berkurap dan selesema berkemungkinan tiada tempat berteduh yang khusus.

Tambah Arie, beliau akan mengumpulkan beberapa doktor haiwan dan memberi bantuan perubatan kepada kucing yang tercedera dan sakit.

“Saya akan cuba mencari doktor haiwan yang sudi membantu kucing-kucing yang terjejas kesihatan akibat bencana dan dibiarkan pemilik mereka,” katanya pada majlis sumbangan berkenaan.

Sumbangan makanan kucing itu disampaikan oleh Pegawai Khas YB Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Mahadhir Sulaiman kepada wakil penduduk yang diadakan di Dewan Umno Penchala Link sebentar tadi.

Sesi menziarah kucing kucing yang berdekatan dengan kawasan tanah runtuh

Dalam pada itu, Mahadhir mengucapkan terima kasih bagi wakil pemimpin masyarakat dan Timbalan Pengerusi Parlimen Segambut atas pelbagai bentuk bantuan diberikan.

“Pemberian ini amat unik kerana bantuan diberi bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada haiwan. Ini tergolong daripada golongan yang perlu dibantu, dari segi makanan dan perubatan,” katanya

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *