#WAAW: Janna Nick sahkan diri bipolar, pernah cuba bunuh diri?

 #WAAW: Janna Nick sahkan diri bipolar, pernah cuba bunuh diri?

Oleh Farhana Ab Rahman

Pengacara dan pelakon, Janna Nick mengesahkan dirinya di diagnosis menghidap penyakit bipolar dan bercuti daripada media sosial buat sementara waktu.

Kongsi Janna, pengalaman kanak-kanaknya tidak seperti orang lain yang mana dia pernah cuba untuk membunuh diri pada usia 14 tahun dengan menelan pil penahan sakit.

Janna Nick mengambil masa untuk bercuti daripada media sosial.

“Sudah seminggu saya mengambil ubat khas setelah disahkan secara klinikal mengalami gangguan Bipolar. Oleh itu, saya ingin bercuti daripada media sosial dan memberikan fokus kepada diri sendiri.

“Saya tidak tahu selama ini cara berfikir tidak sama seperti orang lain kerana pada saya semua turut mengalami mendengar beberapa suara di dalam kepala mereka. Mungkin genetik atau berdasarkan apa yang saya lalui ketika kecil dahulu.,

“Ketika berumur lapan tahun dulu, saya pernah terfikir hendak membunuh diri. Pada usia 14 tahun, saya menelan panadol bersama beberapa ubat lain,” kongsi Janna menerusi kapsyen yang dimuat naik.

Tambah Janna, setelah percubaan pertamanya untuk membunuh diri gagal, tidak lama selepas itu dia menggelar kedua-dua belah tangan di depan adik perempuannya.

Gangguan bipolar adalah keadaan kesihatan mental. Orang dengan gangguan bipolar mengalami perubahan mood, dari merasa senang atau tinggi (manik) atau merasa sangat rendah dan tertekan.

Faktor persekitaran seperti tekanan dan trauma mungkin juga menjadi faktor perkembangan gangguan bipolar.

Pengacara Melodi itu menjelaskan, dia tidak mempunyai keluarga yang sempurna dan tinggal berjauhan daripada keluarga kerana dimasukkan ke dalam sekolah berasrama penuh.

“Berbeza dengan orang lain, saya sering disepak terajang sejak kecil lagi sehingga tidak dapat mengingati pengalaman indah lain.

“Ketika berada di asrama, saya lihat kawan-kawan di asrama menerima kunjungan daripada keluarga yang membawakan makanan buat mereka. Saya pula hanya melihat suasana itu daripada tingkap bilik saja,” luah Janna.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1  +  4  =