Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Permohonan Najib untuk tangguh perbicaraan ditolak mahkamah

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan perbicaraan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sementara menunggu satu keputusan berkaitan tindakan undang-undang di Mahkamah Amerika Syarikat.
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya sedang memohon bagi mendapatkan nama pegawai-pegawai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa menerima rasuah daripada Goldman Sachs Group Inc dan bekas pengarahnya Tim Leissner.
“Dalam prosiding di mahkamah AS, yang menyaksikan Leissner dan Goldman Sachs mengaku bersalah, Leissner berkata dan mengakui kenyataan bahawa beliau telah membayar rasuah kepada beberapa pegawai dalam 1MDB.
“Mereka mengaku perbuatan rasuah, dan sehubungan itu kami menfail permohonan penemuan, dan meminta supaya Leissner dan Goldman Sachs mendedahkan nama-nama mereka yang menerima rasuah,” katanya dan menambah bahawa permohonan yang dibuat selaras dengan United States Code (USC) itu difail pada 17 Nov lepas.