Permaisuri Johor santuni mangsa banjir Segamat

 Permaisuri Johor santuni mangsa banjir Segamat

SEGAMAT, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menzahirkan keprihatinan terhadap mangsa pasca banjir dengan mencemar duli melawat mereka di Kampung Pogoh, di sini, semalam.

Pada lawatan itu, Raja Zarith Sofiah meluangkan masa kira-kira satu jam menyantuni dan beramah mesra dengan bertanyakan kesihatan lima keluarga mangsa banjir di kediaman masing-masing.

Dalam lawatan berkenaan, baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan bagi mengurangkan beban yang ditanggung mangsa-mangsa bencana alam itu.

Mengiringi baginda semasa lawatan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) negeri, Datuk Azmi Rohani; pegawai daerah, Hasrin Kamal Hashim; kadi daerah, Fauzi Bachok dan Ketua Polis daerah, Superintendan Bahrin Mohd Noh.

Sementara itu, mangsa banjir, Razak Komeng, 68, berkata, dia berasa gugup namun teruja apabila disapa mesra oleh Permaisuri Johor yang mencemar duli di kediamannya.

“Saya rasa bertuah ‘terpilih’ secara peribadi dapat bersemuka dengan Permaisuri Johor.

“Ini adalah kenangan terindah buat saya dan isteri, Faridah Biru, 62, yang lumpuh, sejak 10 tahun lalu,” katan yang tinggal di Kampung Pogoh 3, di sini.

fhatihah Zakinan

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16  −    =  6