Perluas moratorium automatik tanpa faedah kepada semua pinjaman – ARMADA BERSATU

 Perluas moratorium automatik tanpa faedah kepada semua pinjaman – ARMADA BERSATU

KUALA LUMPUR, 27 JunĀ  — Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bersatu mencadangkan agar kerajaan memberikan Moratorium Pinjaman Automatik Tanpa Faedah ke atas semua pinjaman secara menyeluruh.

Dalam satu kenyataan ARMADA berkata pihaknya percaya dengan pelaksanaan moratorium berkenaan ia mampu menyuntik kembali semangat rakyat seluruhnya dalam mendepani pandemik COVID-19 dan menjayakan inisiatif Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sayap parti itu turut mencadangkan Moratorium Pinjaman AutomatikĀ diperluaskan merangkumi Pinjaman Berlesen; Penjualan Secara Kredit meliputi penggunaan kad kredit, pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) danĀ Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ia turut mencadangkan supaya kelonggaran diberikan dengan tidak mengenakan sebarang caj tambahan atau faedah serta segala bentuk bayaran sewaan, lesen perniagaan dan lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); bermula serta-merta sehingga 31 Disember 2021 atau sehingga ekonomi negara kembali pulih.

ā€œARMADA berpendapat (PPN) ini adalah ā€˜jalan keluarā€™ yang cukup baik dan wajar diberikan fokus serta keutamaan rentas politik sama ada daripada blok pemerintah atau pun pembangkang,ā€ menurutnya.

 

 

 

 

— BERNAMA

 

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

81  −    =  71