Perlu bantuan bedah kaki gajah RM50,000

 Perlu bantuan bedah kaki gajah RM50,000

PASIR MAS: Seorang wanita, Rosmiza Awang Mat berusia 40 tahun telah mengalami penyakit kaki gajah sejak berusia 7 tahun dan kini kakinya yang semakin membesar.

Abang iparnya, Rosdi Ibrahim ( 58 ), berkata, Rosmiza telah ada tanda penyakit itu sejak berusia 7 tahun dan pernah melakukan pembedahan pada usia 15 tahun.

“Ketika itu, seorang doktor pakar mencadangkan untuk mendapat rawatan ke Australia dengan kos RM60,000, oleh kerana kami keluarga kurang berkemampuan untuk menanggung kos tersebut maka hasrat itu tertangguh.

“Dia (Rosmiza) anak bongsu daripada 6 beradik dan bujang tinggal bersama saya sekeluarga, di sini,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Rosdi selaku penjaga, kos rawatan untuk pembedahan kaki yang semakin membesar itu dianggarkan sebanyak RM50,000.

“Minggu hadapan, Rosmiza akan bertemu doktor di Hospital Pasir Mas untuk pemeriksaan dan untuk mendapatkan maklumat lanjut seterusnya berkaitan perkembangan penyakit dialaminya.

Kepada yang mahu menghulurkan sumbangan amat dialu-alukan agar dapat mempermudahkan urusan rawatan Rosmiza.

“Sesiapa yang mahukan maklumat lanjut boleh menghubungi saya di nombor 017-9386508,” katanya ketika dihubungi.

Kepada yang berhasrat menghulurkan bantuan, boleh salurkan kepada Rosdi Ibrahim, Bank Simpanan Nasional (BSN) , nombor akaun, 0301-0410-0027-9365 dan beralamat di Kg Kubang Bunut, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Amir Hamzah Nordin

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

69  −    =  68