• Sunday, 20 June 2021, 8:14 am

Perlis hadkan aktiviti imarahkan masjid elak penularan COVID-19

 Perlis hadkan aktiviti imarahkan masjid elak penularan COVID-19

Kredit foto : MAIPs

KANGAR, 20 Mei — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan untuk mengehadkan aktiviti pengimarahan semua masjid di negeri ini bermula hari ini bagi mengelak penularan tempatan COVID-19.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah tindakan itu susulan kewujudan kluster baharu penularan wabak melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan di Kampung Bakau, di sini.

“Masjid tidak dibuka kepada awam, sebaliknya mereka yang dibenarkan menunaikan Solat Jumaat dan solat lima waktu adalah dalam kalangan pegawai-pegawai masjid dan ahli jawatankuasa masjid sahaja iaitu tidak melebihi 12 orang dan tidak kurang daripada tiga orang termasuk imam.

“Tempoh solat termasuk solat Jumaat hendaklah dipendekkan kepada 15 minit sahaja dan dilakukan ditempat terbuka serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan sebelum ini,” titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan MAIPs hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin juga Yang Dipertua MAIPs bertitah mereka yang bermusafir digalakkan menunaikan solat di penginapan masing-masing manakala mereka yang tiada tempat penginapan boleh menunaikan solat di kawasan anjung masjid.

“Waktu solat bagi musafir adalah 5.30 hingga 6.30 petang bagi solat Jamak Taakhir Zohor dan Asar, 9.30 hingga 10.30 malam untuk Solat Jamak Taakhir Maghrib dan Isyak.

Bagi solat Subuh pula, ruang solat bagi musafir dibuka dari 6.30 hingga 7.00 pagi,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah akad nikah boleh dilaksanakan di premis persendirian dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MAIPs.

Baginda bertitah MAIPs sentiasa meneliti perkembangan semasa penularan wabak dan akan memanjangkan keperluan ketetapan terkini berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *