• Sunday, 20 June 2021, 3:26 pm

Perlanggaran LRT: Jawatankuasa khas akan siasat punca kemalangan

 Perlanggaran LRT: Jawatankuasa khas akan siasat punca kemalangan

Foto Bernama

Oleh Suraya Ali

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyatakan satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyiasat punca kejadian perlanggaran dua tren LRT yang berlaku berhampiran stesen KLCC kira-kira pukul 8.38 malam ini.

Menurut beliau, pihak berkuasa masih belum menerima laporan penuh dan sebarang maklumat yang terperinci akan diumumkan esok.

Menurut pihak Bomba, semua 213 mangsa — 166 cedera ringan dan 47 cedera parah – telah dikeluarkan pada pukul 9.45 malam dan dihantar untuk dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan juga hospital-hospital yang berhampiran.

Antara penumpang yang mengalami kecederaan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen KLCC dibawa keluar untuk dihantar ke hospital malam ini.
–foto BERNAMA

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kesemua penumpang itu berada di dalam tren yang dalam perjalanan dari Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Gombak, manakala sebuah lagi dari Stesen LRT Kampung Baru ke Stesen LRT Gombak dan hanya membawa seorang pemandu.

Menurutnya, ketika bertembung kedua-dua tren bergerak dengan kelajuan kira-kira 40 kilometer sejam . Tambah beliau, insiden berkenaan berkemungkinan disebabkan kesilapan komunikasi.

Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mahu keutamaan diberikan untuk mangsa-mangsa mendapatkan rawatan menyeluruh. Beliau juga telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Prasana menjalankan siasatan penuh, dan menegaskan tindakan tegas perlu diambil segera bagi mengelak perkara ini dari berulang.

Pengguna LRT yang perlu menggunakan LRT di laluan terbabit, diminta mendapatkan maklumat terkini dari Prasarana.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *