Perkongsian solat Aisar Khaled undang pelbagai reaksi

 Perkongsian solat Aisar Khaled undang pelbagai reaksi

PETALING JAYA : Pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled sekali lagi menjadi tular di platform media sosial.

Perkongsian selebriti media sosial itu memuat naik video menunaikan solat fardhu di pelbagai lokasi berbeza seperti gimnasium, bengkel kereta dan stesen minyak menjadi bualan hangat netizen.

Biarpun menggunakan kapsyen ringkas menyeru kepada umat Islam untuk menunaikan kewajipan bersembahyang tanpa mengira tempat, namun paparan itu tetap mengundang pelbagai reaksi.

“Tidak kira sibuk kerja dan berada di mana, solat jangan tinggal,” tulisnya.

Biarpun ada yang menyokong sikap aktor itu mendirikan solat di mana-mana saja, namun ada juga yang menganggap perkongsian terbabit seperti meraih publisiti murahan.

“Dah kenapa solat atas jalan depan Shell, punya la dalam Shell ada surau,” tulis seorang netizen.

“Dekat Shell takda surau ke?” tulis yang lain.

“Alhamdulillah, tapi nak kabo Shell kan ada surau,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

“Maksudnya solat boleh didirikan di mana sahaja, teruskan usaha baik itu Aisar,” tulis warganet lain.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut mendapat lebih 18,000 tanda suka diikuti sekitar 711 komen.

Terdahulu, Aisar pernah tular dan memohon maaf secara terbuka ekoran kontroversi pembaziran gel penyejuk badan yang dijadikan ‘Babi Air’.

Selain itu, Aisar juga pernah dikecam netizen apabila menziarahi pusara penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah yang dikatakan tidak sensitif dan bertujuan mengaut keuntungan.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

15  −    =  8