Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi ditambah

 Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi ditambah

Perkhidmatan feri ditambah berikutan Gelembung Pelancongan (Travel Bubble) Projek Rintis ke Langkawi. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Jumlah perkhidmatan feri dari Kuala Perlis ke Langkawi akan ditambah kepada dua trip sehari bermula 16 September ini berikutan Gelembung Pelancongan (Travel Bubble) Projek Rintis ke Langkawi.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, trip ditambah pada sebelah pagi dan petang berbanding hanya satu trip ketika ini.

Beliau berkata, kemasukan trip feri dari Terminal Kuala Kedah pula akan bermula sebaik tamat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Sehubungan itu pelancong boleh membuat tempatan melalui atas talian www.cuticutilangkawi.com.

“Semua penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi perlu menunjukkan sijil digital lengkap vaksinasi ketika membuat pembelian tiket di kaunter dan ketika memasuki balai pelepasan sebelum dibenarkan memasuki feri,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Baharin berkata, penumpang feri juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk melancong ke Langkawi seperti yang ditetapkan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), pada Khamis mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara, Langkawi mulai 16 September ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata antara SOP berkenaan ialah destinasi itu boleh dikunjungi pelancong domestik dari seluruh negara termasuk yang berada dalam Fasa Satu, Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Antara SOP ditetapkan adalah pembukaan ini terhad kepada pelancong domestik yang lengkap dua dos vaksinasi.

“Selain itu, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang lengkap divaksinasi,” katanya.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  8