Perkahwinan keempat Aishah retak menanti belah

 Perkahwinan keempat Aishah retak menanti belah


PETALING JAYA : Penyanyi Aishah mendedahkan perkahwinan keempatnya ibarat retak menanti belah apabila mereka sudah tiga bulan tidak tinggal serumah.

Memetik laporan Kosmo, Aishah,56, memaklumkan dia dan suami mengambil pendekatan membawa haluan berbeza ‘secara tidak rasmi’ apabila tidak lagi tinggal sebumbung, namun sedang menunggu lafaz talak daripada suaminya.

“Benar, kami sudah berpisah. Cuma talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan sejak tiga bulan lalu.

“Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat ini kekal hingga ke akhir hayat. Jadi, usah ditanya apa punca perpisahan ini,” ujarnya ringkas.

Pelantun lagu Janji Manismu itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci tentang punca pergolakan hubungan dengan suami yang dikahwininya pada 2017 itu.

Menurut Aishah, dia tidak mahu untuk mengaibkan mana-mana pihak apabila berkongsi tentang keruntuhan rumah tangganya melainkan demi mengelakkan timbulnya fitnah pada kemudian hari.

“Saya tidak mahu kisah rumah tangga jadi tatapan umum. Namun saya akan menerima kesannya kerana saya seorang selebriti.

“Saya memang memberi sedikit bayangan menerusi perkongsian dalam Instagram. Mana yang tahu, tahulah. Saya tidak mahu fitnah timbul jika ada yang melihat saya bersama lelaki lain dalam urusan kerja.

“Siapa tak sedih melihat rumah tangga berantakan. Tetapi saya akur dengan ketentuan Tuhan,” katanya lagi.

Pada 2017, Aishah memaklumkan dia sudah kembali berumahtangga selepas enam tahun bercerai dengan suami ketiganya, Faizal Sazali Zulkifli yang dikahwininya pada 2010.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinan keempatnya itu.

Menerusi perkahwinan pertama, penyanyi itu dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Armand Azhari, 28, sementara Azhad Ahlami, 23, hasil perkahwinan kedua. 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64  −  59  =