• Sunday, 20 June 2021, 10:52 am

#WAAW: Perjuangan MK, Tuju, Loca dan DJ CZA

 #WAAW: Perjuangan MK, Tuju, Loca dan DJ CZA

PETALING JAYA : Di kala dunia dilanda pandemik, keselamatan dan kesihatan adalah elemen yang paling penting untuk kita semua.

Oleh sebab itulah  DJ CZA, TUJULOCA dan MK, barisan hadapan jagoan hip hop masa kini telah bersetuju untuk melancarkan “VETO”, keluaran Def Jam Recordings Malaysia.

Dan satu perkara yang membezakan perjuangan mereka adalah semangat kental yang menghalang mereka dari berputus asa.

Menurut TUJU, “VETO” diilhamkan dari lagu “Dior” oleh bekas bintang hip-hop Pop Smoke. Sebab itu anda akan mendengar gaya dan lenggok dari ‘Brooklyn drill’ dalam “VETO”.

Sulaman bass dan perkusi yang digabung dengan baik digarap dengan perisa Asia Tenggara menjadikannya satu karya penuh jiwa yang hebat dengan bunyi yang luar biasa. 

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan berterusan, “VETO” adalah satu peringatan bahawa harapan masih ada.

Wakil-wakil K-Clique MK dan TUJU memberikan persembahan terbaik dengan sedikit sentuhan nada gospel, sementara LOCA B menyelitkan secebis keindahan dalam kuasa persembahannya. 

“VETO” juga diiringi video muzik arahan Shahrin Bahar, yang juga menghasilkan visual hebat lagu CIAO oleh Joe Flizzow.

Dengan tetapan LED 360 darjah, video ini berjaya menzahirkan impak lagu ini ke dalam bentuk visual dengan penuh jaya.

Seperti kehebatan audionya, seni visualnya juga canggih dan luar biasa. Ia pasti menarik perhatian dunia umum. 

“VETO” kini boleh didapati di semua platform pengstriman: https://DefJamMY.lnk.to/VETO

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *