• Monday, 21 June 2021, 3:06 am

Perhilitan rampas burung, ayam hutan hidup

 Perhilitan rampas burung, ayam hutan hidup

Perhilitan rampas 19 burung, tiga ayam hutan hidup dan 19 sangkar dalam serbuan di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, semalam.

PASIR GUDANG, 5 Jun — Kegiatan sebuah kedai haiwan peliharaan di Taman Kota Masai di sini menyimpan dan menjual haiwan daripada spesies dilindungi terbongkar apabila diserbu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor semalam.

Dalam serbuan jam 5.30 petang itu, pihak Perhilitan merampas 19 ekor burung dan tiga ekor ayam hutan hidup.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, pihaknya menemukan 15 ekor burung Murai Batu hidup, dua ekor burung Hwamei hidup, dua ekor burung serindit hidup dan tiga ekor ayam hutan hidup.

premis berkenaan pernah diserbu oleh PERHILITAN atas kesalahan sama pada awal tahun ini dan siasatan terhadap kes berkenaan masih dijalankan.

“Turut dirampas 16 sangkar buluh dan tiga sangkar besi. Nilai rampasan keseluruhan adalah RM13,800,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati pemilik premis berkenaan tidak memiliki sebarang surat kebenaran untuk menyimpan hidupan liar tersebut daripada Perhilitan.

Sebelum ini, premis berkenaan pernah diserbu atas kesalahan sama pada awal tahun ini dan siasatan terhadap kes berkenaan masih dijalankan.

Laporan polis berhubung operasi itu telah dibuat dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya.

Nurman Nasyriq

http://wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *