• Sunday, 20 June 2021, 8:47 am

Perdana Menteri ucap terima kasih kepada penjawat awam

 Perdana Menteri ucap terima kasih kepada penjawat awam

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin –fotoBERNAMA (2021)

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Dalam usaha negara memerangi COVID-19 pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan untuk meringakan cabaran yang ditanggung semua pihak.

Tidak terkecuali penjawat awam di negara ini yang akan turut memberi sumbanganĀ  melalui potongan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) sebagaimana diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, semalam.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan memuji dan mengucapkan Terima Kasih kepada seluruh warga Penjawat Awam atas sumbangan mereka.

Sumbangan oleh penjawat awam tidak termasuk petugas barisan hadapan dan kakitangan kerajaan Gred 1 hingga 28 itu
akan dimasukkan ke Akaun Amanah Bencana COVID-19.

” Ini membuktikan kebersamaan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab bersama Kerajaan memerangi pandemik COVID-19,” katanya.

Muhyiddin turut berkata solidariti ini juga adalah cerminan sokongan penjawat awam terhadap perjuangan para ‘frontliners’ yang berusaha tanpa henti untuk membendung dan melindungi kita semua daripada jangkitan pandemik COVID-19.

“Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua kakitangan awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang lebih setahun menguruskan pandemik COVID-19 ini,” katanya hari ini.

Beliau turut mendoakan agar semua penjawat awam di seluruh negara, tidak kira apa pun peranan mereka dalam perjuangan kita memerangi COVID-19 ini akan terus diberkati Allah SWT.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *