Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Perdana Menteri tunaikan solat tarawih bersama penduduk kawasan Batu Caves

Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar bersama ahli jawatankuasa tertinggi Masjid Jamek Al-Amaniah selepas menunaikan Solat Isyak dan Solat Tarawih malam tadi. Turut hadir Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
KUALA LUMPUR, 20 April — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa menunaikan solat Tarawih bersama penduduk kariah Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves dekat sini malam tadi.
Turut hadirĀ Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Terdahulu, Muhyiddin yang tiba pada pukul 8.23 malamĀ turut menyertai solat Isyak berjemaah di situ.
Solat berkenaan dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan COVID-19 yang ketat.
Usai solat, Muhyiddin turut dilihat meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk kariah ituĀ sebelum meninggalkan masjid pada pukul 10.15 malam.