Perdana Menteri perlu ketuai task force kawal kenaikan harga barang – Salahuddin Ayub

 Perdana Menteri perlu ketuai task force kawal kenaikan harga barang – Salahuddin Ayub

Datuk Seri Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Isu kenaikan harga barangan keperluan telah menjadi satu isu nasional dan tidak boleh disembunyikan lagi malah kenaikkan harga tersebut di tahap yang melampau, demikian kata Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menurut Ahli Parlimen Pulai itu, isu kenaikkan harga barang adalah satu isu yang serius yang harus ditangani segera oleh kerajaan.

“Sebagai bekas Menteri Pertanian, petang ini saya akan masukkan usul dibawah 18.1 meminta kerajaan supaya menubuhkan satu jawatankuasa kabinet.

“Ini bukan satu isu yang boleh ditangani oleh KPDNHEP sahaja. Ia memerlukan sekurang-kurangnyanya empat kementerian yang mesti terlibat iaitu KPDNHEP, Kementerian Pertanian, KDN, MITI dan KPKT bergabung untuk menangani isu ini di peringkat nasional jika tidak isu ini tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas.

Salahuddin menambah, sekiranya usul ini diterima saya akan membahaskan pada hari Khamis untuk saya mewakili rakyat Malaysia yang sedang menghadapi satu isu yang sangat serius. ini bukan lagi isu terpinggir tetapi telah menjadi satu isu nasional.

“Task force mesti menangani isu ini. Waktu PH dulu kami bergabung 2 kementerian, sebab itu kita dapat mengawal harga barang walaupun tidak 100 peratus, saya akui tetapi tidaklah naik melampau seperti hari ini.

“Kalau perlu Perdana Menteri sendiri mesti mengetuai task force ini,” katanya yang ditemui media di luar pintu masuk Parlimen hari ini.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

93  −    =  88