Perbualan terakhir Shuib dan Siti Sarah dalam Tinggalkan Diriku

 Perbualan terakhir Shuib dan Siti Sarah dalam Tinggalkan Diriku

PETALING JAYA : “Ibu… ini satu step ni je you kena lepaskan… you minta dengan Allah kuatkan semangat you, InsyaAllah lepas ni kita tengok baby kita. Ibu… sumpah I sayang you sangat”.

Demikian perbualan terakhir usahawan dan pelawak, Shuib kepada Allahyarhamah Siti Sarah sebelum ditidurkan akibat jangkitan Covid-19 pada 6 Ogos lalu. 

Rakaman terakhir pasangan suami isteri itu diselitkan dalam muzik video (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik menerusi platform Youtube sekitar jam 3 petang pada Jumaat. 

You jangan nangis… daddy jangan sedih. Ampunkan dosa-dosa I ya. Love you!”

Itulah jawapan balas yang diberikan oleh Allahyarhamah kepada Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Menurut Shuib, lagu dalam MV tersebut merupakan rakaman nyanyian semasa Siti Sarah menjalani latihan sebuah showcase di MATIC, Kuala Lumpur kira-kira tiga tahun lalu.

“Enam hari selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakam ketika sesi latihan untuk showcase Siti Sarah pada tahun 2018.

“Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arwah untuk ditidurkan.

“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak.

“Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” ujarnya.

Dalam rakaman perbualan terakhir yang dikongsi itu, Shuib meminta Siti Sarah untuk kuatkan diri berdepan ujian penyakit tersebut.

Rakaman perbualan terakhir Siti Sarah bersama suaminya pelawak Shuib diselitkan dalam video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik di laman YouTube pada Jumaat.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat Covid 19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

42  −  34  =