Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu akan bermula pada 2.30 petang esok
Oleh Suraya Ali
KUALA LUMPUR, 15 Jun — Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap 18 pemimpin parti politik secara bersemuka dan maya di Istana Negara sejak Rabu lepas.
Sesi menghadap pemimpin parti politik adalah inisiatif serta keprihatinan Yand Dipertuan Agong berkaitan usaha memerangi COVID-19 semasa darurat.
Selain pemimpin politik, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Bebas Darurat 2021, Tun Ariffin Zakaria hari ini.
Dalam sebuah kenyataan hari ini, Istana Negara memaklumkan Seri Paduka Baginda juga akan mempengerusikan perbincangan khas Majlis Raja-Raja Melayu esok.
Terkini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara, Kuala Lumpur tengah hari tadi.
Difahamkan, perjumpaan tersebut merupakan pramesyuarat Kabinet yang telah diawalkan. Pertemuan itu lazimnya diadakan setiap Rabu.