Perbicaraan hanya berlangsung 30 minit sahaja

 Perbicaraan hanya berlangsung 30 minit sahaja

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini ditangguhkan selepas berlangsung hanya 30 minit kerana peguam belanya diserang penyakit gout.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan kepada mahkamah bahawa pergelangan kakinya bengkak disebabkan gout.

Peguam itu memberitahu hakim, beliau tidak dapat meneruskan hujahan beliau.Berikutan itu mahkamah kemudian membenarkan prosiding ditangguhkan kepada Rabu ini.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  2  =  10