Euro: Perancis ikut Portugal balik awal

 Euro: Perancis ikut Portugal balik awal

Pemain Switzerland meraikan kejayaan menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti. Foto Marca

BUCHAREST, 29 June — Juara Piala Dunia 2018 Perancis ditunjukkan jalan keluar selepas dikalahkan Switzerland yang bangkit dari ketinggalan 1-3 untuk mengheret aksi ke masa tambahan sebelum menang penentuan penalti 5-4.

Sebelum itu Switzerland sudah memberikan amaran awal dengan mendahului perlawanan menerusi jaringan Haris Seferovic pada minit ke-15 namun mereka terlepas peluang untuk memperoleh gol kedua selepas Ricardo Rodriguez gagal menyempurnakan penalti pada minit ke-55.

Perancis segera bangkit dengan Karim Benzema meledak dua gol dalam tempoh dua minit dan berada dalam kedudukan selesa menerusi jaringan jarak jauh Paul Pogba.

Penjaga gol, Yann Sommer muncul wira Switzerland selepas menyelamatkan sepakan penalti Kylian Mbappe dan menempah slot ke suku akhir bertemu Sepanyol.

Mbappe yang mengambil penalti terakhir hanya mampu menyaksikan sepakannya diselamatkan Sommer sekali gus Perancis gagal ke suku akhir kejohanan utama (Kejohanan Eropah dan Piala Dunia) buat kali pertama sejak Piala Dunia 2010.

“Sangat sukar melupakan kekecewaan ini,” kata Mbappe yang paling banyak meledak 14 percubaan tanpa menjaringkan gol berbanding pemain lain di Euro 2020.

“Kami tak berjaya mencapai misi kami. Saya minta maaf dengan penalti itu. Saya hanya mahu membantu pasukan tetapi gagal. Sangat menyakitkan. Sukar untuk saya tidur malam ini tetapi ia adalah risiko dalam sukan bola sepak yang amat saya minati,” tambahnya.

Perancis kini mengikut jejak langkah Portugal, yang juga juara bertahan Euro, dalam perjalanan balik selepas tewas pada persaingan 16 terakhir.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

20  −    =  14