Perak FC II gagal raih mata

 Perak FC II gagal raih mata

IPOH — Perak FC II sekali lagi gagal memanfaat peluang beraksi di laman sendiri selepas tumpas 0-2 di tangan Kuching City FC dalam aksi Liga Premier 2021 di Stadium Perak di sini malam ini.

Skuad kendalian ketua jurulatih Syamsul Mohd Saad itu kelihatan agresif mengatur serangan menerusi gandingan Muhammad Aqil Hilman Danial Roslan dan pemain tengah Aidril Faqir Yousni namun percubaan demi percubaan gagal menembusi gawang pelawat.

Kuching City FC yang bijak menghidu peluang, menghukum pertahanan tuan rumah menerusi jaringan Aliff Hassan pada minit ke-57 dan pemain gantian Joseph Kalang Tie turut menyumbang gol kemenangan pada masa tambahan sekali gus meranapkan impian ruan rumah untuk mengutip mata penuh.

Keputusan malam ini menyaksikan anak buah Syamsul dilanda kemarau kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut selepas seri dengan skuad Projek FAM-MSN, tiga hari lepas.

Pujian harus dihamburkan kepada pasukan pelawat yang berjaya menyerap segala asakan dalam perlawanan kategori seimbang ini sekali gus mencuri tiga mata untuk dibawa pulang ke Kuching.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  5