Penyeludup sanggup gadai kedaulatan negara demi rokok

 Penyeludup sanggup gadai kedaulatan negara demi rokok

KLANG 23 JUN 2021. Ratusan rokok seludup berjaya dipintas oleh pihak berkuasa. Sumber Gambar dari Sinar Harian

KLANG — Permintaan tinggi terhadap rokok seludup membuka peluang kepada penyeludup menjalankan aktiviti haram itu melalui persisiran pantai negara ini.

Sinar Harian melaporkan, antara kumpulan paling aktif dan terbesar dinegara ini dipercayai diketuai oleh seorang lelaki bernama “Jimmy”.

Kumpulan ini dipercayai aktif menyeludup rokok sejak 2016 hingga kini.

Menurut laporan itu, setiap tekong bot akan dibayar antara RM5,000 hingga RM10,000 dan jumlah itu meningkat bergantung kepada kekerapan perjalanan dan kuantiti rokok yang berjaya diseludup masuk.

Ratusan rokok seludup berjaya dipintas oleh pihak berkuasa. Namun masih banyak yang terlepas masuk ke dalam negara. Sumber Gambar dari Sinar Harian

Persisiran pantai di Kapar, Klang; Pantai Morib, Banting dan Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan dijadikan sebagai lokasi menyeludup melalui tekong bot.

Digelar  ‘King Of Smuggler’ atau Raja Penyeludup, Jimmy dikatakan mampu  membawa masuk barang seludup terutama rokok murah dalam kuantiti yang besar dan mendapat permintaan tinggi di negara ini.

Menurut laporan Sinar Harian, sumber mengesahkan sindiket tersebut turut mempunyai kepakaran menggunakan pelbagai peralatan termasuk sistem pengesanan global (GPS).

Sesuai dengan gelaran Raja Penyeludup, kumpulan ini cepat menghidu kehadiran pihak berkuasa sama ada melalui rondaan rutin mahu mahupun operasi.

Lebih membimbangkan, sumber lain memaklumkan ahli sindiket turut dibekalkan dengan senjata api bagi mempertahankan diri sekiranya terdapat sebarang ancaman daripada sindiket lain yang turut berebut mahu menguasai pasaran rokok seludup di negara ini.

Terdapat juga cubaan menggabungkan beberapa sindiket bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam ‘bisnes’ tersebut dan berkongsi matlumat sesama rangkaian mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Wacana.my pernah mengikuti kisah seorang isteri yang mengadu kepada pihak berkuasa beliau bimbang suaminya yang merupakan seorang pegawai tentera turut terlibat dengan sindiket penyeludupan.

Wanita itu memaklumkan setelah aduan dibuat kepada pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, suaminya diambil tindakan tatatertib oleh pihak Tentera dan tiada tindakan susulan akibat kekurangan bukti

Itu jelas walaupun orang ramai cuba melaporkan aktiviti yang dilakukan sindiket, mereka licik menghapuskan bukti dan menyambunyikan diri apabila pihak berkuasa mula bertindak.

Oleh itu pengguna harus memainkan peranan dalam mempertahankan negara selain bergantung kepada barisan hadapan negara.

Hentikan pembelian rokok seludup.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  2