• Friday, 18 June 2021, 1:57 am

Penyakit kanker boleh dirawat pekebun nangka

 Penyakit kanker boleh dirawat pekebun nangka

Mustafa Yunus menunjukkan tuaian nangka madu J33 ditanam di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TPKM) KotaĀ Perdana.

Oleh Mohd Fikri Mie

KUANTAN, 1 Jun – Penyakit kanker (Pyhtophthora palmivora) yang menyerang batang serta dahan pokok nangka berpunca daripada kulat yang terdapat dalam tanah.

Sistem saliran dalam ladang yang tidak sempurna turut menjadi pembawa atau penyebar penyakit berkenaan terutama membabitkan tanaman di kawasan bercerun.

Pegawai Pertanian Kuasa Usaha, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan pertanian Negeri Pahang, Emi Faizal Mohd Borham berkata, serangan penyakit kanker boleh menyebabkan pokok nangka mati sekiranya tidak dirawat segera dan berterusan.

Katanya, penyakit berkenaan mudah menjangkiti pokok lain sekiranya usaha pencegahan tidak dilakukan diperingkat awal bermula daripada peringkat pembukaan tanah.

Menurutnya, selain membuat rawatan diperingkat awal kehadiran penyakit berkenaan, pekebun juga perlu sentiasa membuat pemeriksaan keadaan pokok untuk memastikan tanaman dalam keadaan sihat.

“Tanda serangan penyakit kanker apabila terdapat bintik kecil dan lecuh serta basah pada batang pokok, selepas itu keluar cecair warna coklat kemerahan di tempat yang dijangkiti.

“Sekiranya tidak dirawat penyakit berkenaan semakin merebak dan muncul tompok hitam disebabkan cecair yang keluar daripada batang semakin banyak,” katanya pada Wacana.my.

Beliau mengulas serangan penyakit kanker pada pokok nangka di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TPKM) KotaĀ Perdana, Pekan yang menyebabkan kerugian pada pekebun.

Mustafa dengan nangka madu yang dituai untuk dipasarkan.

Emi Faizal berkata, sekiranya tidak dirawat penyakit kanker pokok nangka akan menunjukan simptom tidak sihat seperti daun kuning dan gugut, akhirnya sebahagian atau seluruh pokok akan mati.

Sekiranya serangan penyakit itu serius dan sukar diselamatkan, jalan terbaik ialah memusnakan pokok terbabit bagi mengelak menjangkiti pokok lain.

“Rawatan penyakit kanker pada pokok nangka boleh dilakukan dengan menggunakan racun kulat bahan aktif yang terdapat dipasaran dengan harga berpatutan.

“Penyakit kanker ada menyerang pokok nangka di negeri ini tetapi ia tidak merebak dalam skala yang besar,” katanya.

Sebelum ini Wacana.my menyiarkan berita keluhan seorang pekebun nangka Mustafa Yunus, 65, yang berhadapan ancaman penyakit kanker menyebabkan pengeluaran hasil terjejas.

Beliau mengusaha tanaman nangka madu jenis J33 di TPKM KotaĀ Perdana, serangan penyakit kanker menyebabkan pengeluaran buah tidak berlaku.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *