Penunggang motorsikal maut ditempat kejadian, digilis lori

 Penunggang motorsikal maut ditempat kejadian, digilis lori

Gambar hiasan

TAPAH : Malang tidak berbau, apabila seorang penunggang motorsikal telah mengalami kemalangan dan maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah selepas digilis sebuah lori di Kilometer 57 Jalan Ipoh- Kuala Lumpur, hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam kira-kira pukul 7.50 pagi itu, mangsa, M. Sarasa, 50, dari Felda Trolak Utara.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa dalam perjalanan menuju ke arah Ipoh.

Foto : Ihsan PDRM

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, motosikal jenis Honda Wave ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas.

“Mangsa kemudian terjatuh di atas jalan sebelum sebuah lori dari arah sama dipandu lelaki berusia 67 tahun tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya.

Siasatan lanjut kes sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber Kosmo.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

59  −    =  54