Penumpang di lapangan terbang milik MAHB di Turki semakin meningkat

 Penumpang di lapangan terbang milik MAHB di Turki semakin meningkat

Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen yang dikendalikan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Aset milik penuh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), di Istanbul, Turki Sabiha Gökçen International Airport (ISG), menunjukkan pemulihan pada separuh pertama 2021.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAHB berkata ISG merekodkan peningkatan trafik penumpang sebanyak 53 peratus dengan faktor muatan purata sebanyak 70 peratus selain turut disenaraikan sebagai lapangan terbang keempat tersibuk di Eropah pada separuh pertama tahun ini oleh Airports Council International (ACI).

Kumpulan itu optimis untuk peningkatan separuh kedua tahun ini seiring dengan prospek Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) yang menjangkakan negara yang pantas dalam pemberian vaksin seperti Turki akan mencatatkan peningkatan kembali trafik penumpang pada suku keempat tahun ini.

” Baru-baru ini, Pertubuhan Eropah untuk Keselamatan Navigasi Udara (Eurocontrol) juga menjadikan Turki sebagai negara tersibuk ke-6 di Eropah untuk lalu lintas udara. Selain itu, Turki baru-baru ini ditambahkan ke skema Pasport COVID-19 Kesatuan Eropah (EU) yang bertujuan untuk memudahkan pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosial termasuk perjalanan,” katanya.

ISG kekal menjadi penyumbang penting bagi pemulihan MAHB, malah pemulihan trafik di ISG juga lebih berdaya saing berbanding Malaysia.

” Pergerakan trafik penumpang di ISG meningkat 17.6 peratus pada enam bulan pertama 2021 berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  1  =  1