Pensyarah IPTA didakwa lakukan gangguan seksual

 Pensyarah IPTA didakwa lakukan gangguan seksual

PETALING JAYA: Menjijikan, apabila seorang individu yang merupakan seorang tenaga pengajar di sebuah pusat pengajian tinggi awam didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya baru ini.

Menurut sumber, pensyarah “miang” yang bernama Nizam itu merupakan salah seorang tenaga pengajar di Universiti Teknologi Mara Di Puncak Alam, Selangor.

Difahamkan, pensyarah “miang” itu didakwa telah melakukan gangguan seksual berkenaan menerusi pesanan ringkas “Whatsapp” kepada salah seorang pelajarnya.

Menerusi tangkap layar yang dibuat, insiden menjijikan itu berlaku apabila, pelajar wanita tersebut telah menanyakan salah satu tugasan kumpulan yang diberikan kepadanya, lalu pensyarah berkenaan didakwa telah mengambil kesempatan dengan membalas pesanan ringkas tersebut dengan menggunakan ayat berbaur lucah terhadapnya.

Sir maaf menganggu, untuk yang tugasan kumpulan tu, syarikat kena buat sendiri atau boleh ambil yang mana ada,” pertanyaan pelajar berkenaan.

Lantaran itu, pensyarah “miang” berkenaan didakwa telah mengajaknya untuk melakukan perkara terkutuk setelah tergoda melihat “profile picture” di “Whatapps” pelajar berkenaan.

Ini gambar awak ke?, bibir awak menghairahkan,” tulis pensyarah berkenaan.

Perkara ini kurang disenangi oleh pengguna media sosial malah ada yang membuat menyarakan agar individu berkenaan membuat laporan polis agar tindakan susulan dapat dikenakan. 

Bahaya jika dibiarkan merosakkan anak bangsa ja, bagus laporan polis baru jadi pengajaran kepada yang miang gatal

“kalau lapor pada pihak pengurusan, pensyarah ni boleh dikenakan tindakan integriti,” komen pengguna media sosial.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

7  +  1  =