Pensyarah cemerlang hargai artikel Wacana

 Pensyarah cemerlang hargai artikel Wacana

Interaksi bilik kuliah merentas negara antara artikel Wacana.my membuktikan kejayaan PdPR. WMY/Mohd Azrone Sarabatin

[K]UALA LUMPUR, 26 Jun — Dua artikel Wacana.my diperakui menjadi bukti kejayaan amalan penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di kalangan guru dan pensyarah cemerlang di negara ini.

Artikel berkenaan adalah IPGKIK, IPGKPI bangkit kecintaan terhadap budaya Melayu terbitan 16 April lalu dan Interaksi bilik kuliah merentas negaradisiarkan pada 18 April lalu.

Kedua-dua artikel itu dijadikan bukti impak kejayaan `pedagogi merantau sempena Webinar Amalan Penyampaian PdPR Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang Peringkat Kebangsaan (Siri 2), semalam.

Artikel “IPGKIK, IPGKPI bangkit kecintaan terhadap budaya Melayuberkaitan kebimbangan pensyarah cemerlang terhadap kesenian Melayu yang dilihat semakin terpinggir, selain isu kerancuan bahasa yang seolah-olah tiada jalan penyelesaian.

Kerancuan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah penggunaan bahasa yang mengelirukan dan mencampur adukkan bahasa Melayu dengan bahasa asing.            

ArtikelInteraksi bilik kuliah merentas negarapula berhubung pandemik COVID-19 menjadi hikmah terhadap penerokaan gaya baharu PdPR apabila transformasi interaksi kuliah kini boleh dimanfaatkan sehingga merentas budaya dan negara.

Kedua-dua topik itu diutarakan pada majlis Diskusi Budaya antara Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dengan IPG Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI), Bangi, yang mengupas Isu dan Cabaran Masa Depan Kebudayaan Nasional menggunakan aplikasi Google Meet, April lalu.

Artikel IPGKIK, IPGKPI bangkit kecintaaan budaya Melayu antaranya memfokuskan cadangan pensyarah cemerlang untuk menjadikan PdPR medium perbincangan kebudayaan negara sehingga ke peringkat dunia. WMY/Mohd Azrone Sarabatin

Ketika mengisi slot bertajukPedagogi Merantau’, pada Webinar Amalan Penyampaian PdPR Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang Peringkat Kebangsaan (Siri 2), semalam, Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, IPGKIK,  Norani Abd Rahim, berkata kedua-dua artikel berkenaan menjadi bukti kejayaan amalan PdPR di negara ini.

Ini kerana katanya, masyarakat didedahkan dengan maklumat berguna berhubung usaha pendidik mengilhamkan pedagogi atau kaedah pengajaran berkesan walaupun hanya mengajar dari rumah.

Katanya, bagi beliau sendiri bukan saja bertanggungjawab memperkenalkan kaedah PdPR dalam kalangan siswa guru di Kampus IPGKIK, malah melangkaui perkongsian ilmu dengan pensyarah di kampus IPG lain termasuk peringkat antarabangsa.

Saya pernah menyertai Webinar Citra Pendidikan2021 menerusi aplikasi Google Meet dengan pensyarahdi Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan Siliwangi(IKIP Siliwangi), Bandung, Indonesia.

“Ada pendidik dari negara jiran, Singapura turut ingin berkongsi pengalaman saya menjayakan PdPR selepas melihat pembabitan saya dalam Webinar atau Youtube (Jurnal Nora).

Sebab itulah saya namakan kaedah pengajaran dan pembelajaran ini `Pedagogi Merantau kerana ia bergerak dari satu kampus IPG ke kampus lain dan ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Ditanya mengenai Webinar Citra Pendidikan 2021 bersama  IKIP Siliwangi, Norani berkata, beliau membicarakan tajuk `Inovasi Berimpak Tinggi’ atas undangan IPG Kampus Tun Hussein Onn (IPGTHO), Batu Pahat.

Katanya, mula-mula gentar juga kerana bukan saja berhadapan dengan pendidik dari kedua-dua institusi pendidikan serantau, malah turut disertai ahli akademik dari Malaysia dan Indonesia, selain orang awam.

“Alhamdulillah saya dipermudahkan untuk berhujah berhubung inovasi berimpak tinggi yang pernah dihasilkan dan diiktiraf bukan saja di IPGKIK malah peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Mohd Azrone Sarabatin

Azrone@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9  +  1  =