Penolong pegawai agensi perladangan ditahan bantu siasatan tuntutan palsu

 Penolong pegawai agensi perladangan ditahan bantu siasatan tuntutan palsu

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menahan seorang penolong pegawai sebuah agensi perladangan bagi membantu siasatan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM15,000.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira sekitar 4 petang tadi di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberikan keterangan.

Sumber memaklumkan sekitar 2018, suspek pada masa itu bertugas sebagai pengurus perniagaan agensi yang sama di kawasan Klang, telah bersubahat dengan seorang pemilik syarikat dalam mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja-kerja pembekalan pasir sungai dan tanah kepada agensi perladangan tersebut, sedangkan kerja berkenaan tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, bagi permohonan reman.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  7