Penjenayah tuba Sungai Ibok, Air Putih dan Kemaman

 Penjenayah tuba Sungai Ibok, Air Putih dan Kemaman

Oleh Zulkarnain Omar 

KEMAMAN, 5 Mac: Atas dorongan niat jahat hendak mendapat laba dengan jalan pintas, mendorong pihak tertentu menjadi penjenayah alam sekitar dengan menuba Sungai Ibok di sini bagi menuai hasil ikan dan udang galah dari habitat di situ.

ikan mati akibat dituba

Sungai Ibok yang dihuni pelbagai spesies ikan dan udang galah baru-baru ini menjadi sasaran  kerakusan manusia yang mencurah tuba ketika air sungai menyusut ke paras yang cetak kerana tiba musim kemarau.

Akibatnya banyak ikan dan udang galah yang terapung mati manakala hasil tangkapan yang mungkin dijual kepada orang ramai dikhuatiri status keselamatannya jika tuba yang digunakan adalah racun rumpai.

Selain Sungai Ibok, beberapa sungai lain di daerah ini turut menjadi sasaran penuba seperti Sungai Air Putih di bahagian hulu dan Sungai Cherul yang mengalir terus ke Sungai Kemaman yang turut dituba baru-baru ini.

Akibatnya, Sungai Kemaman turut terjejas dan media baru-baru ini menyiarkan kejadian tersebut yang dilakukan penuba untuk mendapatkan udang galah.

Sehubungan itu, penduduk setempat wajar lebih peka dengan kehadiran penjenayah alam sekitar ini ke kawasan mereka dan menyalurkan segera maklumat kepada pihak berkuasa untuk membanteras jenayah itu.

Apatah lagi, khazanah ikan dan udang galah perlu dilindungi daripada mangsa penuba kerana ia juga merupakan sumber pendapatan nelayan setempat yang bergantung hidup dari hasil sungai.

Pada masa sama, pemulihan secara semula jadi sungai yang dicemari tuba mengambil masa yang panjang dan penduduk yang bergantung kepada hasil sungai itu hilang sama sekali mata pencarian mereka.

 

Lagi ikan mati akibat dituba

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  3  =