Penjenamaan semula Kelab TaHa tawar pelbagai keistimewaan – TH

 Penjenamaan semula Kelab TaHa tawar pelbagai keistimewaan – TH

Kredit gambar tabunghaji.gov.my

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan pelbagai keistimewaan dan kelebihan menerusi penjenamaan semula Kelab TaHa bagi menarik minat lebih dua juta ahli kelab itu yang terdiri daripada pendeposit muda untuk menabung.

Pengarah Eksekutif (Operasi) TH, Mustakim Mohamad berkata inisiatif itu merupakan usaha menjadikan kelab berkenaan lebih relevan dengan keperluan generasi muda yang beragama Islam.

“Kelab TaHa telah wujud selama hampir 13 tahun. Tahun ini TH menawarkan pelbagai keistimewaan yang lebih menarik selain menampilkan logo baharu kelab sebagai sebahagian daripada transformasi mengikut peredaran semasa.

“Kini, keahlian Kelab TaHa tidak lagi terhad kepada pendeposit di sekolah rendah dan menengah sahaja, tetapi ia telah dibuka untuk kesemua pendeposit muda berusia seawal bayi baharu lahir sehingga berumur 17 tahun,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan TH sempena majlis pelancaran kelab itu, hari ini.

“TH kini sedang giat meneruskan Kempen simpanan Daftar & Menang – eksklusif untuk ahli Kelab TaHa. Bagi menyertai kempen ini, ibu bapa perlu menambah simpanan bersih sekurang-kurangnya RM1,300 ke dalam akaun anak-anak mereka dan mendaftar untuk menunaikan haji.

“Ahli Kelab TaHa berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM100,000 sepanjang tahun,” menurut kenyataan itu.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

76  −  67  =