Penjara 20 tahun, denda RM50,000 jika tinggal anak dalam kereta

 Penjara 20 tahun, denda RM50,000 jika tinggal anak dalam kereta

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Penjara sehingga 20 tahun atau berdepan RM50,000 terhadap ibu bapa atau penjaga yang didapati cuai dengan meninggalkan anak bersendirian di dalam kenderaan tanpa pengawasan.

Amaran itu dikeluarkan oleh PDRM sebagai peringatan khususnya kepada ibu bapa kerana mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan itu akan dikenakan tindakan tanpa kompromi.

“Tiada alasan. Tiada kompromi. Kealpaan anda membawa padah. Kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.”

Jika disabitkan kesalahan, mereka akan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya menurut PDRM menerusi satu hantaran di Facebook.

Media sebelum ini melaporkan beberapa kejadian kanak-kanak maut akibat ditinggalkan di dalam kenderaan.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

78  +    =  82