Penjaga gol Iceland kini pengarah filem

 Penjaga gol Iceland kini pengarah filem

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Ketika Iceland menanti kunjungan Armenia dan Liechtenstein pada kelayakan Piala Dunia wajah yang biasa kelihatan bersama pasukan itu tidak lagi turun beraksi.

Untuk kali pertama dalam sedekad, penjaga gol senior berusia 37 tahun, Hannes Thor Halldorsson tidak berada dalam kalangan skuad antarabangsa Iceland beraksi pada dua perlawanan itu.

Halldorsson sebaliknya kini lebih sibuk dengan pengembaraan baru dalam hidupnya.

Dia yang kini cuba memperkenalkan filem terbarunya Cop Secret yang hasil tulisan bersama dan arahannya sendiri.

Filem itu yang ditayangkan pada Festival Filem BFI London di South Bank yang menerima reaksi positif di Eropah.

Hannes yang pernah mengejutkan dunia menerusi aksinya selaku wira Iceland ketika perlawanan Euro 2016 sebelum aksi sulung mereka
pada Piala Dunia dengan menyelamatkan sepakan penalti Lionel Messi pada perlawanan pertama menentang Argentina.

“Ramai menyifatkan cerita saya memberi inspirasi,” katanya memberitahu Sky Sports.

“Beraksi selaku pemain dalam liga rendah dan menyelamatkan sepakan penalti pemain terbaik di dunia untuk kali pertama bersama
negara kecil pada penampilan pertama Piala Dunia. Ia cerita yang jarang didengar.

Secara peribadi, ia berbunyi seperti sebuah skrip filem sukan yang sama ditayang berulang ulang kali.”

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20  −  14  =