Peniaga tiada pilihan, bergantung dengan kartel

 Peniaga tiada pilihan, bergantung dengan kartel

Oleh Sang Ratu

KUALA LUMPUR : Peniaga bahan mentah mendakwa mereka tiada pilihan jika ‘kartel’ menaikkan harga lebih daripada biasa.

Ini kerana peniaga kecil-kecilan ini tidak mampu membeli bekalan itu dalam jumlah amat besar terus daripada nelayan atau petani.

Nelayan atau petani pula terpaksa menjual dalam kuantiti yang banyak bagi menampung semula kos yang dikeluarkan seperti sewa bot, minyak, kos buruh dan lain-lain.

Tinjauan wartawan di sebuah pasar basah ibu negara mendapati rata-rata peniaga mengeluh kenaikan harga yang diperolehi mereka menyebabkan harga terpaksa dinaikkan kepada pengguna.

Seorang peniaga ikan memberitahu, keuntungan yang diperolehi amatlah kecil kerana bimbang kehilangan pelanggan biasa.

“Saya memang beli bekalan ini dengan harga yang tinggi, hendak jual pun susah lihatlah dari jam 8 pagi sehingga jam 1 petang masih banyak belum terjual.

“Orang hendak jimat, tak mampu nak beli mahal-mahal, jadi bila banyak tak habis terpaksa jual dengan lebih murah lagi kadang-kadang kita peniaga pula yang rugi, itulah dilema yang dihadapi kami.

“Saya tiada pilihan, terpaksa beli juga daripada kartel kerana mereka menguasai bekalan dan jika saya enggan beli, mereka boleh jual kepada pihak lain samada domestik atau luar negara sebagaimana mereka boleh mendapatkan bekalan itu secara import,” katanya.

Beliau menunjukkan bekalan mentah yang diimport dari luar negara oleh kartel.

Bagaimanapun, katanya apabila ada aduan kenaikan harga, peniaga atau pengusaha runcit, pasar malam, pasar tani, kedai makan yang dikenakan tindakan, yang lepas tangan adalah kartel.

Sementara itu, seorang peniaga sayur memberitahu harga sayur amat tinggi dua minggu lalu seperti contoh cili hijau RM15 sekilogram sebelum hari ini diturunkan hingga RM8.

“Bagaimanapun kangkung dan bayam masih mahal iaitu RM7 sekilogram sedangkan sebelum ini RM4 sahaja.

“Semua bahan mentah ini diperolehi daripada Pasar Borong Selayang, kami tiada pilihan jika Selayang menaikkan harga,” katanya.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

44  −  41  =