Peniaga tawar makanan percuma kepada yang memerlukan

 Peniaga tawar makanan percuma kepada yang memerlukan

Oleh Suraya Ali

KOTA DAMANSARA — Umat Islam berpusu-pusu mahu beramal sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Antara amalan yang sering dilakukan untuk menambahkan pahala Ramadan adalah dengan amalan bersedekah, tidak kira dari wang ringgit, barangan keperluan atau makanan.

Satu hantaran di media sosial yang menarik perhatian kami ialah dari pemilik kafe MeQ Cafe yang terletak di Seksyen 6, Kota Damansara.

Nur Ain Nadyan dalam hantarannya di Facebook menjemput pelanggan ke kafe miliknya dan hanya membayar jika berkemampuan.

Dalam masa yang singkat hantaran Nur Ain mendapat perhatian penduduk warga Kota Damansara khususnya dan tidak kurang juga yang memuji keenakkan makanan di kafe tersebut.

Pelanggan bernama Betty Usman berkata beliau sudah dua kali membeli juadah berbuka di MeQ Cafe yang makanannya enak belaka.

” Harga hanya sekitar RM2 atau RM3 sahaja dan kegemaran saya ialah kuah kari mereka,” katanya.

Seorang lagi pelanggan yang menggunakan nama samaran Kak Lina Pom Pom berkata sejak Ramadan lepas beliau pasti akan membeli juadah berbuka di kafe berkenaan.

” Saya suka nasi kerabu, dan dekat nak raya akan ada ketupat palas siap percuma rendang ayam kampung, ” katanya.

Melihat pada hantaran Facebook Nur Ain, MeQ Cafe menyajikan pelbagai kuih dan lauk seperti kari, ayam goreng, roti john, bomboloni pelbagai rasa dan sebagainya.

Bagi yang mahu mencuba sendiri keenakkan makanan di MeQ Cafe atau memerlukan sedikit juadah berbuka, boleh hubungi Nur Ain di 014 230 7651.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

77  −    =  75