Peniaga keropok syukur bayaran bil hospital ditanggung kerajaan

 Peniaga keropok syukur bayaran bil hospital ditanggung kerajaan

Pozi Hassan dan isteri Siti Zubaidah bersama anak-anak

KUALA TERENGGANU, 20 Jun — Peniaga Keropok Terengganu, Mohd Pozi Hassan 34 meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan atas subsidi bil hospital serta perkhidmatan terbaik.

Mohd Pozi yang meraikan kelahiran anak keempatnya semalam berkata usia kandungan isterinya, Siti Zubaidah Abd Rahman memasuki minggu ke 36 dan menjalani proses kelahiran melalui pembedahan (caeserean).

“Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (Kuala Terengganu) dan semua warga Klinik Kesihatan Seberang takir,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Mohd Pozi turut berkata pihak hospital hanya mengenakan cas bayaran sebanyak RM145 sahaja.

“Selebihnya adalah subsidi kerajaan berjumlah RM3600. Terima kasih kepada  pembayar cukai,” katanya.

Mohd Pozi turut memuji proses urusan di hospital yang mudah serta wad yang selesa.

“Si ibu pula senyum dan happy sentiasa walaupun bayi masih di wad, riak wajah ibu luar biasa gembira, syukur,” katanya.

Khidmat rawatan kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) oleh Kerajaan Malaysia antara yang terbaik di dunia.

Malaysia pernah menduduki carta pertama dalam kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019.

Selain itu KKM dilaporkan sememangnya komited dalam memberi perkhidmatan kesihatan terbaik yang bukan sahaja berkualiti dan bernilai tinggi, malah kos rawatannya juga adalah berpatutan.

Walaupun ketika negara dilanda pandemik COVID-19 dan barisan hadapan negara khususnya petugas kesihatan sudah kelihatan, mereka tetap memberi khidmat terbaik dan komitmen mereka kepada negara tidak berbelah bagi.

Wacana.my juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah serta jutaan terima kasih kepada barisan hadapan negara.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *