Peniaga durian rugi RM414,932 urusan jual beli Musang King

 Peniaga durian rugi RM414,932 urusan jual beli Musang King

KUANTAN, 28 Jul – Seorang peniaga buah mendakwa kerugian RM414,932 kerana ditipu seorang lelaki dalam urusan pembelian durian Musang King pada 30 Jun lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula apabila usahawan berusia 29 tahun itu dihubungi suspek yang berhasrat untuk membeli 10 bakul durian Musang King gred A dan B.

Menurutnya, mangsa mendakwa kesemua durian Musang King yang mahu dibeli suspek dianggarkan berharga RM7,800 dan kedua-dua pihak bersetuju dengan tawaran harga terbabit.

“Mangsa kemudian telah didatangi seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah pekerja suspek dan memaklumkan pembayaran sudah dibuat  ke dalam akaun syarikat mangsa melalui pemindahan wang secara dalam talian.

“Suspek kemudian telah menunjukkan bukti pembayaran yang telah dilakukan oleh majikannya dan mangsa mempercayainya” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan laporan, mangsa kemudian berurusan dengan seorang lagi suspek awal bulan ini bagi urusan sama.

Tambahnya lagi, mangsa telah memerima bukti pembayaran daripada suspek yang kononnya telah membuat pembayaran secara dalam talian ke dalam akuan bank syarikat milik mangsa bermula 1 Julai hingga semalam.

“Mangsa dikatakan telah menyemak akaun miliknya pada Isnin lalu dan mendapati tiada transaksi kemasukan wang ke dalam akaun milik syarikat di atas pembelian durian yang dilakukan oleh suspek.

“Bagi mengesahkan perkara itu mangsa telah membuat pengesahan dengan pihak bank dan mendapati bayaran yang sepatutnya dikreditkan ke dalam akaun milik syarikat sebanyak RM 414,932 menerusi 26 transaksi palsu,” katanya.

Mohd Wazir menambah, mangsa tampil membuat laporan di sebuah balai polis di negeri ini selepas merasa dirinya ditipu.

Katanya, modus operandi digunakan suspek memperdaya mangsa dengan pembelian durian Musang King.

Katanya, setelah urusan jual beli dilakukan mangsa tidak mendapat sebarang bayaran daripada suspek.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

9  +  1  =