Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Pengorbanan Fify Azmi membuahkan hasil

PETALING JAYA : Pelakon, Fify Azmi menjelaskan tidak menjangka kemenangan di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) bagi kategori Pelakon Wanita Harapan di acara yang berlangsung pada malam tadi.
Fify atau pemilik nama penuh, Nur Afiqah Mohamed Azmi,31, berkongsi keterujaan kemenangan itu menjadi pembakar semangat untuk memberikan yang terbaik sekali gus pengorbanannya memotong rambut membuahkan hasil.
“Sejujurnya perkara paling mencabar apabila saya terpaksa memotong rambut untuk melakonkan watak Zain. Saya baru dua tahun berjinak dalam industri seni, bermula dengan filem Wira.

“Sejujurnya saya rasa ia merupakan perkara paling sukar kerana dari dahulu lagi tak pernah berambut pendek. Tetapi sejak shooting filem Wira, saya terpaksa mengorbankan rambut sendiri demi watak tersebut.
“Saya berterima kasih sangat kepada mereka yang memberi peluang kepada saya untuk menempah nama dalam industri seni,” kata Fify.
Fify berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada malam Jumaat.
Dalam perkembangan lain, Fify kini terlibat dengan sebuah drama aksi yang berjudul Jefri Zain arahan Shuhaimi Baba.