• Sunday, 20 June 2021, 8:03 am

Penghuni PPR Kg Limau, Kg Batu Muda Tambahan kini lalui PKPD

 Penghuni PPR Kg Limau, Kg Batu Muda Tambahan kini lalui PKPD

KUALA LUMPUR 24 MEI 2021. Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau di Kuala Lumpur dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 23 Mei. Ini berikutan seramai 59 penduduk PPR Kampung Limau disahkan positif selepas 150 orang disaring. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari itu bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan pengesanan dan mengawal pergerakan penduduk. WMY/Supian Ahmad

Oleh Supian Ahmad

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Ratusan penghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau dan penduduk Kampung Batu Muda Tambahan di ibu negara melalui kehidupan yang berbeza selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai semalam.

Ini berikutan 59 penghuninya disahkan positif COVID-19 selepas 150 orang melalui proses saringan di PPR Kampung Limau manakala PKPD turut dikuatkuasakan di Kampung Batu Muda Tambahan selepas 76 kes positif COVID-19 direkodkan di situ hasil daripada 300 ujian saringan dilakukan KKM.

Tinjauan Wacana.my di luar PPR Kampung Limau mendapati, kawat berduri dipasang dan semua pintu masuk ditutup. Kawasan itu dikawal anggota pasukan polis, tentera dan Rela.

KUALA LUMPUR 24 MEI 2021. Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau di Kuala Lumpur dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 23 Mei. Ini berikutan seramai 59 penduduk PPR Kampung Limau disahkan positif selepas 150 orang disaring. WMY/Supian Ahmad

Pergerakan keluar masuk ke PPR itu juga dilarang. Urusan dari luar seperti penghantaran makanan menerusi syarikat penghantar pesanan dihadkan setakat di pondok kawalan dan pelanggan dari PPR akan mengambilnya makanan masing-masing di situ.

KUALA LUMPUR 24 MEI 2021. Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau di Kuala Lumpur dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 23 Mei. Ini berikutan seramai 59 penduduk PPR Kampung Limau disahkan positif selepas 150 orang disaring. WMY/Supian Ahmadd

Penghuni PPR itu juga lebih banyak berada dalam rumah masing-masing. Semua bantuan makanan yang dihantar kepada mereka diuruskan pihak berkuasa.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari itu bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan pengesanan dan mengawal pergerakan penduduk.

KUALA LUMPUR 24 MEI 2021. Seorang penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau di Kuala Lumpur menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi saudara-mara setelah PPR itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 23 Mei. Ini berikutan seramai 59 penduduk PPR itu disahkan positif selepas 150 orang disaring. WMY/Supian Ahmad

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Batu Muda Tambahan dan PPR Kampung Limau, di ibu negara berkuatkuasa semalam sehingga 5 Jun depan.

Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes supaya penghuni terlibat boleh diasingkan secepat mungkin serta memastikan semua penghuni yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *