Pengerusi PTPTN janjikan dividen terbaik ikut prestasi tabung

 Pengerusi PTPTN janjikan dividen terbaik ikut prestasi tabung

Datuk Wan Saiful Wan Jan bersama Haszrilhafizi Mohayan

Oleh Suraya Ali

KUALA LUMPUR, 17 Feb —  Pengerusi Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini memberi jaminan pihaknya sedang berusaha memastikan pemberian dividen yang terbaik.

Kata beliau, dividen PTPTN yang masih belum diumumkan itu akan sesuai dengan etika tadbir urus profesional dan juga selaras dengan pulangan sebenar yang diperolehi tabung tersebut.

Menurut Wan Saiful, selepas pengumuman prestasi cemerlang SSPN selama tiga tahun berturut-turut yang dikeluarkan pada 10 Februari lalu, beliau dihujani soalan mengenai pemberian dividen SSPN bagi tahun 2020.

“Sebenarnya bukan saya mahu sembunyikan apa-apa, tetapi saya mahu berikan dividen yang paling tinggi yang boleh kepada pendeposit, setelah para pegawai PTPTN berhempas pulas sepanjang tahun lepas untuk mengurus pelaburan dengan cara yang terbaik,” katanya kepada Wacana.my hari ini.

Tambah Wan Saiful lagi, beliau telah mendapat persetujuan daripada Menteri Kewangan dan berharap semua pihak tunggu pengumuman rasmi tidak lama lagi.

“Insha Allah, ia adalah berita gembira,” katanya.

Hari ini Wan Saiful menerima kunjungan daripada Ketua Armada Negeri Selangor Haszrilhafizi bin Mohayan, dan antara topik perbincangan mereka ialah mengenai dividen SSPN tersebut.

Wan Saiful turut meminta rakyat Malaysia yang belum membuka akaun SSPN agar segera berbuat demikian.

“Sekarang adalah masa yang terbaik untuk buka akaun dan kepada yang sudah ada akaun, kinilah waktu untuk menambah simpanan anda,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  4  =