• Friday, 18 June 2021, 2:21 am

Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak ditahan dakwaan hina Agong

 Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak ditahan dakwaan hina Agong

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya, itulah yang boleh disimpulkan terhadap Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni yang telah ditahan reman oleh pihak polis atas dakwaan menghina Yang Dipertuan Agong menerusi platform Youtube yang disiarkan secara langsung.

Iswardy, 45 tahun itu ditahan di rumahnya di Kajang pada 11 malam semalam, susulan laporan polis yang diterima.

Difahamkan Iswardy direman dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kenyataan dan perilakunya yang didakwa berbaur hasutan dengan nada biadap dan kurang ajar serta menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Dev Kumar yang mengesahkan perkara berkenaan dan setakat ini sebanyak 18 laporan polis berkenaan perkara ini telah diterima oleh pihak polis.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *